Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (Tulisan Jawi: ڤجابت كتوا ڤڬاواي كسلامتن كراجأن مليسيا) memberi khidmat nasihat keselamatan perlindungan kepada Kerajaan Negeri, Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan dengan tujuan untuk membantu mengekalkan tahap keselamatan fizikal, keselamatan dokumen dan keselamatan personel di semua agensi kerajaan yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa bagi melindungi terhadap espionaj dan sabotaj serta daripada kebocoran maklumat tanpa kebenaran daripada semua Jabatan dan agensi Kerajaan.

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia

Eksekutif Kerajaan
  • Sanusi Sidek, Ketua Pengarah
Agensi induk Jabatan Perdana Menteri Malaysia
Ibu pejabat Aras -1,1 dan 2, Blok B7, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya
Dibentuk 1957; 63 tahun yang lalu (1957)
Tapak web www.cgso.gov.my
Belanjawan tahunan MYR 23,672,100 (2018)
Kakitangan 379 (2018)
Jenis Kerajaan